Minggu, 26 Desember 2010

DOA APA SUPAYA MUDAH DALAM MELAHIRKAN.??

Ibu imam Syafie,
ketika mengandungkan
Imam Syafie sentiasa
membaca al-Quran
terutamanya surah al-
Fatihah dan surah Yasin.
Sewaktu membaca,
ibunya menyeru anaknya
supaya memahami apa
yang di bacanya. Tidak
hairanlah, Imam Syafie
boleh menghafal al-quran
30 juzu ’ sejak umurnya 7
tahun, kerana sejak
dalam kandungan lagi ia
telah belajar al-Quran.
· Antara surah2 yang di
galakkan membaca
ketika mengandung ialah:
i. Surah al-Fatihah
ii. Surah Maryam
iii. Surah Luqman
iv. Surah Yusuf
v. Surah Hujurat
vi. Surah Yasin
vii. Surah At-taubah
viii. Surah an-Nahl
Banyak berdoa:
· Sentiasalah berdoa agar
Allah kurniakan anak
yang soleh/solehah.
Sekurangnya setiap lepas
sembahyang, bacalah doa
khusus untuk ibu yang
sedang mengandung
seperti:
i. Doa di baca setiap hari:
“ Ya Allah, peliharalah
anakku selama di dalam
kandunganku dan
sembuhkanlah segala
penyakit. Sesungguhnya
Engkau Maha Penyembuh
dan tiada sembuhan
melainkan dengan
penawar-Mu . ya Allah,
lahirkanlah dari
kandunganku ini dengan
kelahiran yang mudah
dan sejahtera. Ya Allah,
jadikanlah anakku ini
sihat dan sempurna,
cerdik, berakal dan
berilmu serta beramal
soleh. Ya Allah,
elokkanlah perangainya,
fasihkanlah lidahnya dan
merdukanlah suara untuk
membaca al-Quran
dengan berkat Nabi
Muhammad saw ”.
ii. Doa memohon rahmat
Allah:
“ Ya Tuhan kami,
janganlah jadikan hati
kami condong kepada
kesesatan setelah Engkau
beri petunjuk dan
kurniakan kepada kami
rahmat di sisi Engkau,
kerana Engkaulah Maha
Pemberi. Ya Tuhan kami,
sesungguhnya engkaulah
yang akan
mengumpulkan manusia
di akhirat untuk
pembalasan, yang mana
hari itu tiada keraguan
lagi. Sesungguhnya
Engkau tidak menyalahi
janji ” (surah Ali- Imran:
8-9)
iii. Doa agar mendapat
anak soleh/solehah:
“ ya Tujanku, berikanlah
kepadaku seorang anak
yang soleh. Sesungguhnya
Engkau Maha Mendengar
permohonanku ” (Ali-
Imran: 38)
· Kepentingan anak soleh
kepada sesebuah
keluarga adalah sangat
penting, kerana doa anak
yang soleh sebagai
penyambung pahala
setelah ibu bapa
meninggal dunia.
· Sabda Nabi SAW,
maksudnya
“ Apabila mati seseorang
itu, terputuslah
amalannya kecuali 3
perkara: sedekah jariah,
ilmunya yg di manfaatkan
orang dan anak yang
soleh yang sentiasa
mendoakan untuk kedua
ibu bapa mereka ” (hadith
Riwayat Muslim)
iv. Doa ketika menanti
saat hampir bersalin:
· Ketika hampir bersalin
atau sedang menunggu
waktu bersalin, para ibu
janganlah asyik risau
atau menjerit kesakitan,
tetapi eloklah di gantikan
dengan wirid atau zikir
atau doa. Sebaik2 doa
dan wirid adalah seperti
di bawah:
Maksudnya:
“ Sesungguhnya tiada
tuhan melainkan Engkau,
Maha Suci Engkau,
Sesungguhnya aku adalah
termasuk orang yang
sentiasa menzalimi
diri ” (Al-Anbiya: 87)
Selanjutnya bacalah ayat
kursi, surah al-ikhlas,
surah Al- Falaq, An-Nas,
berulang-ulang kali
sehingga bersalin.
v. Doa setelah selamat/
selesai bersalin:
“ Aku memohon
perlindungan dengan
kalimat Allah yang
sempurna daripada
semua syaitan-syaitan
dan binatang2 yang
berbisa dan daripada
pandangan mata jahat”
vi. Doa untuk
menghilangkan lemah-
lemah dan sakit selepas
bersalin:
“ Ya Allah, sesungguhnya
aku ini lemah, kuatkanlah
aku. Sesungguhnya aku
ini hina dan muliakanlah
aku. Aku miskin dan
berikanlah aku rezeki ”

Tidak ada komentar:

Posting Komentar